Monday 13 March 2017

Nasi Highlander



Nasi Highlander...beras Bario antara beras tempatan yang terbaik kualitinya.  Banyak ditanam di daerah Bario.  Padi terbaik yang ditanam di tanah tinggi yang segar dan bebas dari pencemaran.  Beras ini agak berkanji dan sedap dibuat bubur atau dimakan berlauk.  


Di sini saya kongsikan salah satu cara mudah untuk memasak dengan menggunakan beras ini.


Bahan yang diperlukan adalah :
Beras bario
Jagung
Cendawan kukur
Air secukupnya
Garam
Daun Pandan


Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi dan masak seperti masak nasi biasa.  Jangan guna terlalu banyak air kerana beras ini agak berkanji.







Wednesday 8 March 2017

Urusniaga Kami




Restoran Kopi Rempah menjalankan perniagaan makanan dan minuman di Jalan Masjid Lama. Restoran kami menyajikan makanan dengan pelbagai jenis makanan tempatan dan lain-lain.



Kalau tak nak makan nasi campur, pelanggan masih boleh oder menu ala-carte yang lain.




Selain itu Restoran Kopi Rempah juga ada menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai jenis majlis.






Manok Pansuh



Manok Pansuh adalah masakan ayam yang dimasak di dalam buluh.  



Masakan asal masyarakat Iban ini agak popular di Sarawak.  Sesuai untuk majlis santai bersama keluarga di hujung minggu. Boleh juga dicuba di hotel-hotel atau restoran ketika BBQ.   Ia agak unik dan eksotik untuk dicuba oleh pelancung-pelancung asing.  
Di sini saya sertakan resipi secara ringkas.




1 ekor ayam saiz sederhana
2 batang buluh
segenggam pucuk ubi kayu

Bahan A :
4 cm halia
2 batang serai
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
7 biji cili padi
2 biji cili hidup  

Bahan B :
1 kuntum bunga kantan
2 helai daun kunyit


1.  Tumbuk Bahan A.  Kemudian dicampurkan dengan Bahan B yang dihiris halus.

2.  Gaulkan bahan-bahan itu ke dalam ayam.  Masukkan garam dan ajinomoto jika guna.


3.  Perapkan dalam 1/2 jam.

4.  Lepas itu masukkan ayam itu ke dalam buluh.  Tutup dengan pucuk ubi dengan padat.  Pucuk ubi tu fungsinya sebagai penutup selain sedap untuk dimakan.




5.  Bakar buluh berisi ayam itu di atas bara api seperti membakar lemang.






Tuesday 7 March 2017

Intro


Assalamualaikum,

Alhamdulillah...akhirnya berjaya juga Kopi Rempah mempunyai blog sendiri....😊😊 

Restoran Kopi Rempah terletak di Sarikei, Sarawak.   Kami menyajikan berbagai-bagai makanan tempatan dan western pun ada jugak.